Thursday, November 12, 2009

Panggilan Illahi


Panggilan Ke Alam Kubur.

Al-Fatihah untuk Ja'is Bin Mohd Deros @ Idrus, En Malik Bin Sitam dan En Rashid Bin Judah di atas kembalinya beliau semua ke hadrat Illahi, dari awal Syawal hingga baru-baru ni. Semoga Roh-roh beliau semua diberkati dan diRahmati Allah Ta'ala. Amin..

Sesungguhnya kematian membawa 1001 peringatan dan dugaan bagi kita yang masih hidup.

Sambutan Hari Raya AidilFitri 1430H

Seperti biasa, bila kedatangan Syawal pada setiap tahun, memang meriah kalau beraya bersama keluarga. Ada ziarah menziarahi sesama kita sekampung. Ada Marhaban dan ada juga yang main bola tampar pada petang raya pertama. Tak banyak yang boleh aku cerita sebab aku tak raya sangat. Gambar2 kat bawah ni diambil semasa marhaban blok dan marhaban generasi ke-2 bersama jemaah masjid.

Yang main bola Tampar petang2 raya pun ada..

Alhamdulillah

Alhamdulillah..
Dengan limpahan Rahmat dan Kurniaan-Nya, dapatlah diteruskan posting2 untuk blog ni.. InsyaAllah.. Dengan lafaz Bismillah hirRahman nirRahim..

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA (SYAWAL 1430H)


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua warga Felda Chemplak Barat.
Semoga kita semua telah mendapat keberkatan Ramadhan dan bersedia memberkati Syawal.

Kepada perantau-perantau, pandulah dengan berhati-hati.
Selamat pulang kekampung halaman.
Sama-sama lah kita memeriahkan Syawal dengan amalan2 baik seperti puasa 6 dan bermarhaban dari rumah ke rumah.

Kita jumpa di kampung!!!!

Accident Sebelum Berbuka


Petang 14 September 2009. Hari yang sama dengan Majlis Ramadhan Bersama Pengarah Felda Wilayah Segamat, telah berlaku satu insiden kemalangan agak ngeri kat simpang utama masuk kampung (FCB). Sebuah kereta Proton Satria vs 2 buah Toyota Hilux. Pergghhh!!! Ngeri..

Kronologi :-Satria yang dipandu saudara Sepit (bukan nama sebenar) dalam perjalanan dari Labis ke kampung.
-Berhenti disimpang utama untuk memberi laluan Toyota Hilux di hadapan sebelum membuat belokan kanan.
-Tanpa disedari Satria berkenaan telah dirempuh dari belakang oleh sebuah Hilux yang tidak disedari kehadirannya.
-Satria berpusing ketika dirempuh dan menyebabkan hilang kawalan, sambil satu lagi Hilux menghentam berhadapan.
-Orang kampung ramai2 duduk tepi jalan memberi bantuan kepada mangsa2 kejadian.
-Tiada korban jiwa dilaporkan.


Ini adalah insiden pertama pada bulan puasa tahun ni, sebelum pada malamnya pula, sebuah Perodua Myvi terbalik berhampiran simpang pasar malam Felda Chemplak. Mungkin bawak laju atau mengelak kibas yang x der lampu belakang.

Pandu dengan cermat. Jangan ingat orang tersayang. Nanti mengelamun pulak.. Ingat2 nyawa semua orang. Berhati-hati di jalan raya.